emira's mumble:

This is my blog. I speak my mind. But sometimes i speak my heart. So pardon me if what i wrote insult you or make you hurt or make u dislike me cuz this is just me!

Wednesday, January 25

Bab 1

        Dari jauh dia memerhatikan gadis itu dengan tajam. Otaknya yang sejak dari tadi ligat mencari jalan keluar dari masalah dihapinya terus teralih. Dia menjadi hiba melihat gadis yang pada pandangan matanya comel itu memegang benda yang tidak seharusnya dipegang apatah lagi diminum. Gadis itu kelihatan serabut, penuh dengan cerita. Menangis kemudian ketawa dan kadang kala terdegar suara gadis itu berkata-kata. Akan tetapi butir perkataan itu tidak dapat dikenalpasti telinganya kerana dek jarak posisi mereka. 

       Gadis itu menangis lantas bangun berdiri sambil mendepakan tangannya. 'Ah tak boleh jadi ni' bisik hati jejaka itu. Dengan pantas dia berlari ke arah gadis tersebut. "Wei, kalau nk mati pown buat dekat tempat takda org lah!" pekiknya. Gadis yang tersentak itu menoleh dan kali ini jejaka itu berdiri betul-betul di hadapannya dengan tercungap-cungat. Sekelip mata dada jejaka tersebut basah. Gadis itu tanpa segan silu menangis di dadanya. Botol wine yang dipegangnya jatuh ke tanah lalu berderai. Jejaka itu terkesima. Niatnya hanya untuk menghalang gadis itu daripada terjun bukan untuk meminjamkan bahu mahupun dada untuk menangis.

       "U tak takut Tuhan ke?? Dah lama hidup?? Dah banyak ke amal ibadat u??" soalnya sambil menolak gadis itu dari dadanya. Risau kemeja kesayangannya itu rosak. "Buat ape i nak takut?? Tuhan tu yang tak pernah adil. Dari i kecil lagi DIA tak pernah bagi i kebahagiaan" balas si gadis. Jejaka itu melihat mukanya yang comot dengan make-up yang telah dirosakkan oleh air matanya. 'Buruk betul muka perempuan ni bila nangis' bisik hatinya. 

         "Aah alasan org tak beriman. Hah, kalau nak terjun sangat terjun la. Pergi bunuh diri tu. Tapi tunggu i blah dulu. I taknak nanti i kena soal jawab dengan polis pulak." kata si jejaka, sedikit tinggi nada suaranya. Dengan wajah yang bingung si gadis yang separa mabuk itu mengesat saki baki hingus dan air matanya kemudian ketawa. "Bila pulak i nak terjun?" 

             "Yang tadi tu u tetiba bangun and depakan tangan tu, gaya macam org nk terjun tu amenda??" jejaka itu pulak yang kebingungan. "Nope, i wasn't planning to jump, but that is a good idea though. All my sorrow will go away kan? U ada rokok x?? Rokok i dah habis." 'Ish perempuan ni, dah la pemabuk, merokok pulak tu. Aku lari dari perempuan jenis macam kau tapi kau pulak muncul depan aku. Haih.' keluh hati si jejaka. Kesal dengan kebanyakkan gadis kota yang rosak. Susah padanya untuk mencari gadis yang tidak sosial. 

              "Kunci kereta u mana??" dengan tiba-tiba jejaka itu kalut mencari kunci kereta gadis itu di tanah. "U nak buat apa dengan kunci kereta i??" gadis itu pula menjadi defensive. Tangan mereka bertaut sewaktu kedua-dua ingin mencapai kunci kereta tersebut. "Tengok, badan u pown dah panas. Cakap pown dah tak macam perempuan Islam bercakap. I'm sending u home. Ur drunk dear. I maybe tak kenal u tapi as a gentleman i takan tinggalkan seorang perempuan tengah-tengah bukit ni pagi-pagi buta macam ni. So, i'm gonna take ur stuff in the car, locked it here and send u home" dia menarik tangan gadis itu melulu kearah kereta Viva hitam itu.

               



2 comments:

Emmet said...

wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

Emira Darmia said...

thanks....tengoklah kalau rajin and ada time nk tulis...sekali lagi...terima kasih ye..