emira's mumble:

This is my blog. I speak my mind. But sometimes i speak my heart. So pardon me if what i wrote insult you or make you hurt or make u dislike me cuz this is just me!

Monday, May 9

Superwoman is my mum!!!

Aku ingat lagi
cerita mereka tentang apa yang berlaku
sewaktu aku masih bersembunyi di dalam mu
kau sentiasa di pukul bertalu-talu ;
di herdik, di caci, di maki
oleh insan yang kau sayangi
itu tidak apa lagi
luka mu di tambah;
dengan mulut lancang betina yang tidak punya harga diri

aku kagum, kau kuat!

bukan senang menjadi isteri
yang mengandungkan seorang bayi
tambahan lagi seorang yang degil dan keras hati
haih...dapat ku bayangkan ;
sakit badan mu pada waktu itu
hanya tuhan saja yang tahu
ditambah lagi dengan emosi yang terganggu

aku masih lagi kagum, kau kuat!

10 bulan aku membebankan mu
aku tambah lagi dengan 23 tahun kerenah ku
itu baru cuma satu
kau ada tujuh yang memerlukan mu
bukan senang menjadi wanita seperti mu
ya....aku tahu dan hargai semua itu

hurm...kau memang kuat!

aku sedar selama kau hidup
kau tidak pernah bahagia
hidup kau tidak pernah sempurna
hidup kau penuh dengan duka ;
kau membakar diri mu
berkorban selalu
bukan hanya untuk anak-anak mu
tapi untuk adik beradik juga pada waktu dulu
kau lah 'superwoman' ku

kau kuat, tersangat kuat!!

sekarang, dengar kata ku
aku berjanji padamu ibu
akan ku cuba sedaya upaya ku
akan ku kerah kuderat hanya untukmu
menjaga mu selama mana yang aku mampu
kerana kau telah cukup berjasa pada ku ;

ya Allah.
kau berikan lah aku masa
supaya umur ibuku panjang sentiasa
aku tidak mahu dia menutup mata
sebelum janji ku padanya
terlaksa dengan sempurna


p/s : i heard ppl said mother's day can't be celebrate but if i'm celebrating it just for the sake of appreciating my mother than what's wrong with it???!!!! this kind of thing sometimes can remind us of what we often forget, it can give us a quality time, it can create more bond between a mother and her children, cause we r human that always take things for granted...yes we are...

3 comments:

@amabanzai said...

Ya harap kita sama sama dapat membalas jasa parents kita.
Amin.

:)

Emira Darmia said...

amin....

Jo Hey said...

ma..
i miss you