emira's mumble:

This is my blog. I speak my mind. But sometimes i speak my heart. So pardon me if what i wrote insult you or make you hurt or make u dislike me cuz this is just me!

Tuesday, June 21

"A kiss is a lovely trick, designed by nature...

.....to stop words when speech becomes superfluous."  So kiss me cause i mumble to much.


.Semakin hari semakin dingin, semakin sejuk...mungkin akhirnya akan membeku. Aku tak faham apa yang kamu mahukan. Aku telah cuba sedaya upaya untuk menjadi yang terbaek untuk kamu. Namum tak kamu hargai, kamu juga tak ambil peduli. Akal ku semakin hari semakin nakal berubah menjadi jahat, menyuruh aku tinggalkan saja semua ini dan lari. Tapi hati ini masih kuat, mungkin kerana ia telah dirantai oleh kamu. Mungkin juga kerana ianya milik kamu.

Sampai bila harus kita begini?? Bersikap dingin?? Aku ingin ceria, aku ingin ketawa, aku ingin yakin bahawa kamu dikirimkan kepadaku olehNYA. Aku ingin sangat menjadi tulang rusukmu. Mengapa kau x pernah tunjuk bahawa aku yang satu?? mengapa x pernah kamu hargai apa yang aku telah lakukan untuk mu?? mana kata-kata kamu dahulu? janji manis suatu ketika dulu?? apa telah kau lupa, segala yang ingin kita bina bersama??? Tak ku nafikan bahawa memang mulut aku lancang berkata-kata, aku ucap segala yang ku rasa. Tapi itu ketika nafsu amarah aku sedang membara, kewarasan aku tidak nyata.

Ya mungkin salah aku juga, terlalu memanja, membuat kamu rasa sangat selesa. Lantas leka dan semakin hari kamu semakin berubah. Andai aku dapat membaca apa di fikiran mu. Alangkah bagusnya kerana dengan itu aku tahu apa yang kamu fikirkan. Apa penyebab kita begini. Lagi bagus jika hatimu dapatku tafsir, dapat aku tahu kedudukan aku sebenarnya di hidup kamu. Aku juga berharap kamu memahami. Cuba sedaya upaya fahami apa yang ku mahu. Aku bukan perempuan biasa, kamu juga tahu. Jadi layanlah aku seluarbiasa yang kau mampu..hanya itu pintaku.

No comments: