emira's mumble:

This is my blog. I speak my mind. But sometimes i speak my heart. So pardon me if what i wrote insult you or make you hurt or make u dislike me cuz this is just me!

Friday, March 2

Budak TOGE-TOGE!!

Hari ni aku lewat ke office. Okey mmg hari-hari pown aku lewat ke office...tapi hari ni paling lewat. Sampai je kat KL Sentral aku terserempak dengan sorang makcik India ni. Dia tanye mana bangunan SSM. So aku ckp kat dia meh la ikut aku sbb SSM tu sebelah office aku. Makcik ni dia speaking..normal la bukan melayu. So dia tanye aku, aku melayu ke? Dengan bangga aku jawab, ya aku melayu. Terus dia tengok muka aku dan cakap "you speak good english for a malay" aku senyum, sebelum menjawab aku ckp dalam hati 'kalau melayu x boleh ckp english bagus ke?? banyak je kowt..kolot betul mak cik india ni' "thank you, i came from Methodist school, so maybe that's why".

Bila aku sampai office aku teringat cerita masa aku ambik order dekat PPL aritu. Aku part time cashier kat situ, satu hari ada la sorang budak pmpn ni. Cantik la jugak. Dia datang dengan pakwe dia. Bukan budak sekolah tapi mungkin budak college. Seksi. Pakai cermin mata hitam. Dia order dalam english. Padahal dia tahu aku melayu. Tertera kat name tag aku nama aku. "I'll have 1 Teriyaki Chicken please" dia ckp dengan slang UK. Pergh..bergaya seyh dia ckp english.  Aku pown balas "Do you want to add anything miss". Dia balas "No, but i want to change the veggie". Dekat PPL ni ada dua je sayur, Kobis panjang dengan taugeh. So aku balas "i repeat your order miss, 1 teriyaki chicken and you want to change the long cabbage into bean sprout, is that correct??" dia tengok aku. Dia bukak cermin mata hitam dia. Pastu muka bengang. "No, i want to change the veggie, i dont want this..i want to change it into...erm...erm....toge...toge!!" hambek kau...dari slang UK terus keluar TOGE!! Bukan taugeh tau...tapi TOGE!!

Aku senyum. Aku x gelak...sbb ikut SOP aku x boleh gelak. So aku ckap "ye cik, satu teriyaki chicken, tukar sayur kobis ke taugeh, kan?" dia angguk. Muka still nk belagak. Lepas ambek duet, aku jerit dekat tukang masak. "One Teriyaki Chicken, Change Veggie into TOGE!!!!" pastu baru aku gelak kekuat....budak kitchen pown gelak sbb dorang dengar budak tu order tadi. Boyfriend dia yang duduk kat meja jeling. Macam² kan pe'el org kat KL ni. Bukan kutuk tapi apalah salahnya ko order dalam bahasa melayu. Aku melayu ko pown melayu. Xsalah kan kita bangga dengan bahasa kita. Kalau Jepun boleh buat kenapa tidak kita??? Please, jangan jadi budak TOGE!!

6 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

Melayu nak jadi UK lettewww... hahaha.

Emira Darmia said...

tau xpe...i dont speak malay ok....kelasss giteeewww

Junaidi Mohamed said...

Tetiba tersesat ke sini dari blog obie... sadissss. Guna spek hitam slang UK, tapi maksud TOGE dalam dalam bahasa Inggeris pun lupa sekejap... wakakakakakakaka. Aku sengih2 terus baca entri ini. Sempoiiiiii. Vote for "Toge Girl"

Emira Darmia said...

kelass kan...nnt kalau ko pergi makan ke apa ke..ko ckp english slang british ek...baru terasa golongan atasan

Junaidi Mohamed said...

Hahahahahha... kelas tambahan je lah daripada terasa kelass guna slang british. Kat Malaysia pun nak guna bahasa Asing... duiiiiiiiiiiiii

Emira Darmia said...

adoyai nye pun...hahahahaha...
xpela biarkan mereka