Tan Sri SM Salim & M.Nasir -Seloka Cak Kun Cak
Tan Sri : Suatu masa yang telah silam
M. Nasir : Tak dapat diambil kembali
Tan Sri : Melayu mahsyur serata alam
M. Nasir : Hidup mewah gagah sekali
Tan Sri : Pahlawan kita nama terbilang, ditakuti ramai pewira
M. Nasir : Melawan musuh tak terbilang
Duet : Gerak Semangat kerana bangsa.....
(Ha itu org dulu², berani, rajin)
Tan Sri : Kelekaan jangan dikenang
M. Nasir : Lautan duka kelak direnang
Tan Sri : Hampir tinggal sehelai benang
M. Nasir : Bencana sengaja dipinang
Tan Sri : Jika perhati bangsa dagang, kapak beliung di tangan memegang
M. Nasir : Kekayaan hendak diregang
Duet : Akhirnya saudagar pangkat dijulang
(Anda rugi, diorang tu rajin)
Tan Sri : Disulami syair termahsyur
M. Nasir : Usahlah berdengkur, kita jua yang bertafakur
Duet : Yang mana khilaf tegur menegur
Lalalalalalala.....
Korus
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikan bersih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih, hatipun putih
Dialah khazanah pintu terpilih
Tan Sri : Awak yang payah membelah ruyung
M. Nasir : Orang bertandang yang beroleh untung, akhirnya kita tak akan dihitung
(rugilah asyik naik motosikal laju², degil, tak dengar cakap mak bapak, kecewalah kita, kesian)
p/s : hahaha...agak² lagu ni dorang tuju kat sape ek??
Thursday, September 15
Wednesday, September 7
Subscribe to:
Posts (Atom)