emira's mumble:

This is my blog. I speak my mind. But sometimes i speak my heart. So pardon me if what i wrote insult you or make you hurt or make u dislike me cuz this is just me!

Friday, November 30

Norma Kita.

Hari tu masa meeting division. Bos ada tunjuk satu video. Aku rasa ada kena mengena dengan ketidak puas hati ramai org terhadap bonus prestasi yg dorg dapat. Ye, aku faham memang x adil bila kau berhempas pulas tp org yg x byk buat kerja yg dpt lebih dari kau. Tapi hidup ini mana pernah adil...dah nama pun manusia kan?

Okie berbalik pada video yang bos tunjuk. Video tu tentang happiness. Apa yang kita perlu buat untuk dapatkan happiness, yada-yada. So lepas tengok video tu bos tanyasorang-sorang "What do think the video is all about?"  Sampai turn aku, aku pown cakaplah dengan sejujurnya apa yg aku dpt dari video tu. "I think in order for us to gain happiness, we need to stop comparing ourself to others. Then we can be happy" aku stop sampai situ sbb bos potong..dia ckp bagus. Padahal ada je lagi ayat aku nk sambung.

Yes. we will be happy if we stop comparing our self to others. Tp itu dah mmg norma kehidupan kita. sama mcm post aku pasal blaming ppl. Kita dah di ajar dari kecik utk membanding kan diri sendiri dengan org lain. Kita dah biasa dibandingkan dengan org lain. Itu mmg dah jd norma kita.

Dulu kecik2 kalau ada kakak/abang/cousin/anak jiran/anak kawan mak ayah yang jenis success je..yg jenis pandai tahap gampang mesti ayat mak ayah kita keluar mcm ni "cuba lah jadi mcm kakak/abang/cousin/si polan anak kawan mak ayah yang pandai tu. Tengok dia dapat straight A. Kenapa kamu dpt dua je? Pemalas betul kamu ni. Malas nk berusaha...tengok dia tu. Bagus. haih!!!"
Tak perlu ckp mak ayah je...cikgu kita kat sekolah pon sama. Kalau dia nk suruh kita rajin sikit ke..kemas sikit ke...senyap sikit ke...mesti dia akan bandingkan kita dengan kawan sekelas yang lain.

So bila kita dah besar mcm ni...kita sendiri dah biasa dengan hal banding membanding kan manusia lain. Macam mana kita nk bahagia? Sebab x semua org rezekinya nampak. Tak semua org usahanya membuahkan hasil di dunia. Tak semua org bernasib baik. Tak semua org di uji dengan kepayahan. Tp semua org suka nk banding2kan. Dia kaya. Dia berjaya. Rezeki dia di situ.

Aku harap kalau rezeki aku ada untuk ada anak nnt. Aku x kan membanding2 kan kejayaan anak aku. So bila besar dia xkan membanding2 kan diri dia sendiri.


Sunday, December 2

Tajuk xtahu

Aku rindu pada sang pantai..
Aku rindu pada sang ombak..
Aku rindu pada sang bayu...
Yang dahulu senantiasa menemani aku...

Hati ini sepi...
Walau hakikat rumah ini bingit dengan bunyi..
Tidak pernah sunyi...
Aku ingin bebas kembali...
Aku ingin bersendiri lagi..

Sini bukan tempat ku...
Walau mereka darah dagingku...
Mereka x pernah faham jiwa aku...
Mereka x pernah tanya apa yg aku mahu...
Dari kecil...pada mereka..
Aku buruk perilaku..

Tapi sang tanggungjawab selalu berbisik..
"kau x boleh begini..hidup kau x boleh bersendiri...cukup lah tu..
Jgn fikir lg sbb tempat kau memang kat sini.."
Jadi aku tepuk bahu ku sendiri.
Senyum....
Dan senyum lagi...
Bersabarlah dgn tanggungjawab ini...

LAMA

Lama dh aku x nulis blog...
Lama x bace novel...
Lama x borak tepon tengah2 mlm...
Lama dh aku x tulis cerpen, skrip, puisi dlm buku conteng...
Lama aku x melukis...haha..mungkin skill pown dh hilang...
Lama aku x g lepak mph duduk bace buku free kat situ
Lama aku x pergi mall dan tgk gelagat org sorg2
Lama dh aku x pakai suar jeans, t-shirt bodoh dan kasut sneakers bila kuar...
Lama dh aku x makeup bila kuar umah..
Lama jugak aku x berangan sebelum tito..
Lama dh x mimpi arwah tok wan aku...

KENAPA MANUSIA PERLU BERUBAH?
KENAPA AKU TAKUT DGN 'ORG KATA'?
KENAPA AKU SENTIASA RASA AKU SEMAKIN HIPOKRIT DAN BUKAN DIRI AKU?

kdg kala perubahan tu perlu...tp kadang  aku harap aku boleh jd aku...

Disebabkan rindu diri sendiri...hr jumaad tu aku pakai converse dgn baju kurung g office...haha

Friday, March 30

Budak kecik belajar gosok gg

Yesterday pergi appoiment doc gigi.....
Bersihkan gg a.k.a scaling and polishing, ahahaha...mcm kereta pulak....
Takut nk pergi sebenarnya tp terpaksa sbb rasa gg dah x cantik sgt...
Sepatutnya setahun sekali or 6 bulan sekali tp disebabkan gg bongsu tumbuh terus takut nk jumpa doc gg
Last pergi 2010, doc tu ckp gg bongsu kena buang, cara nk buang dia kena operate gusi dulu, pastu bawak
keluar gg yg separuh tumbuh tu...pastu dia kata mungkin kalau terkena saraf (sbb gg bongsu tu dia duduk betul-betul atas saraf) nnt lidah boleh numb untuk beberapa minggu, n masa tu x ley rasa makanan...that's y terus x jumpa doc gg....tp yesterday pergi jugak..doc periksa mulut sebelum scaling, dia tanya "adik gg bongsu ada buat masalah ke?? sakit x??"

Aku ckp la x sakit, padahal kengkadang sakit jugak...hahaha..tipu sbb takut dia paksa cabut....pastu dia buat scaling, tengah scaling tu dia sembang dengan pembantu dia "she got clean teeth, but she floss wrongly la....i can see she eat on the right side, this is wrong, she should eat on both side" dia punya pembantu angguk² je...
pastu doc tu tanya aku  "adik, u ada floss ke??" aku jawab la ada, sometimes pastu dia tanya "kenapa u x kunyah sebelah kiri?? sebelah kiri u bersih sgt n x rosak...u ada masalah ke adik nk kunyah belah kiri??"
Aku tipu lagi "tak selesa la doc" doc tu pown angguk² sambil scaling gg aku ...pastu dia ckp lagi.. "after this u must try to eat on both side and floss selalu, gg u bersih la adik tapi sbb u x floss dia jadi plaque la...some more you jarang datang sini kasi cuci."

Aku pown angguk, sebenarnya aku x makan guna gg belah kiri sbb bila kunyah belah kanan aku sakit..puncanya gg bongsu belah kanan aku tu... bila aku kunyah belah kiri dia terikut kunyah aku punya dinding pp..sakit gila...so aku kunyah la belah kanan je la... "Ok adik, gg bongsu u no problem, tp kalau sakit u kena buang ok?? N u must keep it clean or else i cabut ok??" aku pown angguk.. "Now u can follow my assistant, she will teach u how to floss correctly".

Dalam hati aku, floss pown kena org ajar ke cik mira oi, malu je. Assistant Doc tu kata gg aku jadi jarang and sensitif sbb aku salah floss, bila salah floss gigi boleh jarang, bila jarang gusi di antara gigi tu terbuka n saraf tu terdedah so thats y jadi ngilu, and bila jarang, makanan tersekat kalau x cuci bersih boleh ada kuman. Wah panjang kak Naz a.k.a assistant doc tu ceramah aku. Lepas dia ajar aku floss dia tanya aku, "U selalu floss bila??" aku  jawab la "lepas makan" pastu kak naz tu ckp "ok, u floss dua kali sehari pown dah cukup. tengah hari dan malam. You Floss dulu, Kumur dengan Listerine or what ever mouthwash you use then baru gosok gg" pastu aku ckp kat dia "Bukan gosok gigi dulu baru kumur dengan listerine ke akak"  Dia balas balik "bukan la adik, bila kita dah floss, makanan yang tersekat dekat gg tu akan keluar, pastu kita kena kumur buang sisa sisa yang ada tu dengan mouthwash, lepas tu kerja gosok gg kita dah senang, x perlu lelama pown sbb mulut kita dah separa bersih. Bila dah gosok gg, jgn minum air manis langsung, air kosong je...kalau tidak gg rosak...selalu org sebelum tido minum susu kan. Kalau nk minum sebelum gosok gg boleh lah."

Baru lah aku tahu yang selama ni aku buat malam² tu salah!! aku selalu gosok gg, kumur, bancuh milo, tgk tv, pastu "kroh kroh kroh" sbb aku ingat lepas gosok gg x boleh makan je...minum xpe...rupanya minum pown x boleh ek...hehehe...


Woit sini sikit aku nk bisik (p/s)!!!  :  Umur dah 24 mcm aku ni bila org panggil adik terasa kanak-kanak ribena gitu...bestlah!!!

Friday, March 2

Budak TOGE-TOGE!!

Hari ni aku lewat ke office. Okey mmg hari-hari pown aku lewat ke office...tapi hari ni paling lewat. Sampai je kat KL Sentral aku terserempak dengan sorang makcik India ni. Dia tanye mana bangunan SSM. So aku ckp kat dia meh la ikut aku sbb SSM tu sebelah office aku. Makcik ni dia speaking..normal la bukan melayu. So dia tanye aku, aku melayu ke? Dengan bangga aku jawab, ya aku melayu. Terus dia tengok muka aku dan cakap "you speak good english for a malay" aku senyum, sebelum menjawab aku ckp dalam hati 'kalau melayu x boleh ckp english bagus ke?? banyak je kowt..kolot betul mak cik india ni' "thank you, i came from Methodist school, so maybe that's why".

Bila aku sampai office aku teringat cerita masa aku ambik order dekat PPL aritu. Aku part time cashier kat situ, satu hari ada la sorang budak pmpn ni. Cantik la jugak. Dia datang dengan pakwe dia. Bukan budak sekolah tapi mungkin budak college. Seksi. Pakai cermin mata hitam. Dia order dalam english. Padahal dia tahu aku melayu. Tertera kat name tag aku nama aku. "I'll have 1 Teriyaki Chicken please" dia ckp dengan slang UK. Pergh..bergaya seyh dia ckp english.  Aku pown balas "Do you want to add anything miss". Dia balas "No, but i want to change the veggie". Dekat PPL ni ada dua je sayur, Kobis panjang dengan taugeh. So aku balas "i repeat your order miss, 1 teriyaki chicken and you want to change the long cabbage into bean sprout, is that correct??" dia tengok aku. Dia bukak cermin mata hitam dia. Pastu muka bengang. "No, i want to change the veggie, i dont want this..i want to change it into...erm...erm....toge...toge!!" hambek kau...dari slang UK terus keluar TOGE!! Bukan taugeh tau...tapi TOGE!!

Aku senyum. Aku x gelak...sbb ikut SOP aku x boleh gelak. So aku ckap "ye cik, satu teriyaki chicken, tukar sayur kobis ke taugeh, kan?" dia angguk. Muka still nk belagak. Lepas ambek duet, aku jerit dekat tukang masak. "One Teriyaki Chicken, Change Veggie into TOGE!!!!" pastu baru aku gelak kekuat....budak kitchen pown gelak sbb dorang dengar budak tu order tadi. Boyfriend dia yang duduk kat meja jeling. Macam² kan pe'el org kat KL ni. Bukan kutuk tapi apalah salahnya ko order dalam bahasa melayu. Aku melayu ko pown melayu. Xsalah kan kita bangga dengan bahasa kita. Kalau Jepun boleh buat kenapa tidak kita??? Please, jangan jadi budak TOGE!!

Monday, January 30

Bab 2

'Aku x boleh nak bawak dia balik, nanti banyak soalan yang keluar dari org kat rumah tu, nk hantar balik rumah dia pown aku tak tahu. Nak kejut ke xnak eh pmpn ni?' ngomel hati si jejaka. Kereta yang dipandunya memasuki LDP, menghala ke Damansara.  Setelah sampai di studio apartmentnya, dia tidak mematikan enjin keretanya, malah dibiarkan. Pandangan kosong terhadap wajah sayu di sebelahnya di lontarkan. Masih bersisa airmata di kelopak mata gadis itu. Lama dia merenung muka yang penuh misteri itu dan kelamaan dia sendiri terlena.

Goncangan yang kuat terhadap lengannya itu memaksanya untuk membuka mata. "Ko ni sape, aku kat mana?? mana kereta aku??" soalan bertubi-tubi keluar dari mulut si gadis. Jejaka yang separuh sedar itu pun menjawab "Kan semalam i dah cakap kat u, u mabuk, i nak hantar u balik, tapi u tertidur half way, i nk kejut x sampai hati. Now kita kat parking bawah apartment i" balasnya dengan tenang. "I pening la, x paham ape u cakap. Macam mana i boleh mabuk??" jejaka yang tadinya mengantuk terus membulatkan matanya dan ketawa. "Let's go upstairs and i'll explain to u how someone can get drunk?" ketawanya berderai kembali sambil kepalanya digelengkan.
                 
"U nak air?? Panadol perhaps for that headache??" hanya anggukan kecil bagi membalas pertanyaan si jejaka. Setelah mengambil panadol, si gadis memejamkan matanya sambil bersandar disofa. "Asraq" tanpa ditanya jejaka itu memperkenalkan dirinya. "Muhammad Asraq Yusra and u r??"
"Dahlea, tapi panggil i Lea je" balasnya tanpa membuka mata.
"Pening sangat ke? Tu la sape suruh u minum, dah tahu benda haram pergi minum, sekarang padan muka u!" 
Dahlea diam membisu. Dia baru teringat tentang apa yang berlaku semalam. Dengan tiba-tiba rasa bersalah menyerbu Asraq atas keceluparannya.

"Sorry, i shouldn't hv said that. Tapi apa yang u cuba buat dekat atas bukit tu sengsorang??" soal Asraq. Dia telah lupa masalah yang dihadapinya, tanpa sebab dia ingin benar mengetahui cerita Dahlea. Ada sesuatu yang misteri di sebalik mata sepet gadis itu. Dahlea mengeluh dan menggelengkan kepalanya. "Nothing, its too personal untuk dibicarakan dengan seseorang yang i x kenal. Boleh tolong hantarkan i ke kereta i x??"

Asraq kecewa. Dia terlalu berminat untuk meneroka hati gadis itu. Gadis itu padanya tidak cantik tapi ada sesuatu yang membuatkan Asraq terlalu ingin tahu mengenainya. "Sure tapi bagi i mandi and kita breakfast dulu, boleh x??".  Dahlea membalas persolan itu dengan senyuman hambar dan anggukan kecil.     Tiba-tiba telefon Asraq berbunyi.  Asraq lantas menjawab telefon itu sambil berjalan menuju ke biliknya,  "Ye sayang, nanti babah balik tengah hari ek. Rezki breakfast dengan mak Piah dulu boleh?? Kakak mana??". Dahlea di ruang tamu cuba memasang telinga. Malangnya, dia tidak dapat mendengar apa-apa lagi. 'Aduh, sayang betul, muka hansome tapi husband org.'
                                          



Got To Go

Sometimes u'll stuck in a relationship where the flame is getting dull and maybe soon it will only be smoke left. But you dont have the courage to let the relationship go. U have low self esteem and u think that u cant never be love again if u let this one go. Ur Isolophobia. Ur afraid to be alone. Everyday u wake up, u force to put a happy face and at night before u sleep u keep daydreaming bout the prince charming of urs since ur a little but the fact is he is the one next to u. U dont have to torture urself. Let him go. Go search for the true soulmate of urs. No matter how hard it is, force ur lips open and said it to his face that "U got to go!!"

najwa mahiaddin - got to go



Friday, January 27

To those who love Make-Up

I love make-up (even though i dont wear them everyday), i love everything bout make-up cause i love to see beautiful people..so i often search for a make up tutorial on YouTube. I found Michelle Phan there. She's a make-up guru. Love her!!!






p/s : i just want to share my excitement when i watch this with you guys (walaupun xda org bace), that's why this post is here.

Thursday, January 26

Happy Couple





I admire them. They are so damn loving (x taulah kalau cuma bila depan media). Envy them at the same time..sweet sangat. Dulu masa remaja dulu (sedey sbb umur membuatkan aku x boleh mengaku aku remaja lagi) sebelum tidur selalu berangan about my prince charming. xda specific guy pown yang di angankan sbb aku sekolah perempuan je. Jadi otak aku akan selalu mereka watak seorang lelaki yang aku suka. Rambut panjang, tinggi dari aku sebab aku pendek dan.....hahaha...kalau dulu tengok cite mat salleh bila perempuan kiss laki yang lagi tinggi tu, dia kena menjengket and laki tu kena menunduk, so bila laki tu penat dia akan grab pinggang pmpn tu and dukung while kissing, sweet and romantic sangat!!!(hahahahah pengaruh tv...gatal ko ni myra). Laki tu pown kena pandai main guitar, suka kucing, suka budak-budak. caring, romantik. hahahaha....but dreams will always be dreams. Only the lucky one get what they want in life kan and i'm not.  Back to the picture. I love this picture. There's so much love in it. Love that i envy. 





p/s : to those yang dah jumpa jejaka atau gadis idaman, hargailah hati dia. Jangan sia-siakan kasih sayang yang diberi itu.

Wednesday, January 25

Bab 1

        Dari jauh dia memerhatikan gadis itu dengan tajam. Otaknya yang sejak dari tadi ligat mencari jalan keluar dari masalah dihapinya terus teralih. Dia menjadi hiba melihat gadis yang pada pandangan matanya comel itu memegang benda yang tidak seharusnya dipegang apatah lagi diminum. Gadis itu kelihatan serabut, penuh dengan cerita. Menangis kemudian ketawa dan kadang kala terdegar suara gadis itu berkata-kata. Akan tetapi butir perkataan itu tidak dapat dikenalpasti telinganya kerana dek jarak posisi mereka. 

       Gadis itu menangis lantas bangun berdiri sambil mendepakan tangannya. 'Ah tak boleh jadi ni' bisik hati jejaka itu. Dengan pantas dia berlari ke arah gadis tersebut. "Wei, kalau nk mati pown buat dekat tempat takda org lah!" pekiknya. Gadis yang tersentak itu menoleh dan kali ini jejaka itu berdiri betul-betul di hadapannya dengan tercungap-cungat. Sekelip mata dada jejaka tersebut basah. Gadis itu tanpa segan silu menangis di dadanya. Botol wine yang dipegangnya jatuh ke tanah lalu berderai. Jejaka itu terkesima. Niatnya hanya untuk menghalang gadis itu daripada terjun bukan untuk meminjamkan bahu mahupun dada untuk menangis.

       "U tak takut Tuhan ke?? Dah lama hidup?? Dah banyak ke amal ibadat u??" soalnya sambil menolak gadis itu dari dadanya. Risau kemeja kesayangannya itu rosak. "Buat ape i nak takut?? Tuhan tu yang tak pernah adil. Dari i kecil lagi DIA tak pernah bagi i kebahagiaan" balas si gadis. Jejaka itu melihat mukanya yang comot dengan make-up yang telah dirosakkan oleh air matanya. 'Buruk betul muka perempuan ni bila nangis' bisik hatinya. 

         "Aah alasan org tak beriman. Hah, kalau nak terjun sangat terjun la. Pergi bunuh diri tu. Tapi tunggu i blah dulu. I taknak nanti i kena soal jawab dengan polis pulak." kata si jejaka, sedikit tinggi nada suaranya. Dengan wajah yang bingung si gadis yang separa mabuk itu mengesat saki baki hingus dan air matanya kemudian ketawa. "Bila pulak i nak terjun?" 

             "Yang tadi tu u tetiba bangun and depakan tangan tu, gaya macam org nk terjun tu amenda??" jejaka itu pulak yang kebingungan. "Nope, i wasn't planning to jump, but that is a good idea though. All my sorrow will go away kan? U ada rokok x?? Rokok i dah habis." 'Ish perempuan ni, dah la pemabuk, merokok pulak tu. Aku lari dari perempuan jenis macam kau tapi kau pulak muncul depan aku. Haih.' keluh hati si jejaka. Kesal dengan kebanyakkan gadis kota yang rosak. Susah padanya untuk mencari gadis yang tidak sosial. 

              "Kunci kereta u mana??" dengan tiba-tiba jejaka itu kalut mencari kunci kereta gadis itu di tanah. "U nak buat apa dengan kunci kereta i??" gadis itu pula menjadi defensive. Tangan mereka bertaut sewaktu kedua-dua ingin mencapai kunci kereta tersebut. "Tengok, badan u pown dah panas. Cakap pown dah tak macam perempuan Islam bercakap. I'm sending u home. Ur drunk dear. I maybe tak kenal u tapi as a gentleman i takan tinggalkan seorang perempuan tengah-tengah bukit ni pagi-pagi buta macam ni. So, i'm gonna take ur stuff in the car, locked it here and send u home" dia menarik tangan gadis itu melulu kearah kereta Viva hitam itu.

               



Thursday, January 12

Memang la, Aku Tak Kisah Sgt kan!

Ada sorang kakak kat office ni dia taksub sangat dengan lagu ombak rindu yang hafiz ngan adira
nyanyi tu...yes, it's not a problem kalau dia suke lagu tu...tapi kalau dia dengar sengsorang x pe
ni x, dia on lagu tu kuat-kuat bagi satu office ni dengar....ramai gak org tegur n perli dia....dia buat bodoh je...
or maybe dia mmg bebetul bodoh kowt...mana nk tau kan....Ada lagi sorang kakak ni dia pown backing kakak ni......dia ckp...  "ala biarlah org suke ke org x suke ke, aku x kisah dah sekarang ni....janji aku bahagia....org nk kata ke, org nk ngutuk aku ke, aku x kisah, aku dapat pahala kalau org kutuk aku"

Fine, ko mmg la x kisah mak cik oi....tp org sekeliling ni kisah...ape mak ko x pernah ajar adab ke kecik-kecik dulu?? atau ko dah terlampau tua utk ingat yang bahawasanya ko hidup bermasyarakat, berjiran.....kalau ko kecik-kecik dulu bukak radio kuat-kuat pown mak ko marah kan...ganggu jiran...jiran tu ko kena hormat...kalau ko nk dengar, cukup lah sekadar utk ko sorang je...x perlu nk on lagu tu kekuat...x semua org teringin nk dengar lagu ko tu...org laen nk buat kerja pown x senang ko tau x....ko cakap ko x kisah tp ko kena hormat jiran ko...mana pergi la adab org-org tua zaman sekarang?? how do you expect to teach the youngster nowadays to respect people?? kalau u sendiri pown perangai mcm ni?? perangai x kisah ko?? nnt anak-anak ko pown musti x kisah jugak??? haih...simpati aku dengan kekurangan ilmu civic anda ni...ergh!! rasa mcm nk letup kan je bb ko tu...bising ah!!!!



p/s: to mummy, if you read this, it is kak liza who on the song loudly and kak suliah who said she doesnt care......geram la mummy, its not that i hate that song, but hearing it repeatedly annoyed me...abg man pown dah x tahan, he said "biasalah myra, org x belajar tinggi" keh keh keh

Sunday, October 2

Quotes

"No matter how easy throwing tantrum  and cynical you are, you are still my beloved spoiled, rock geek sis and i love you, to hell what people said" - Mai Mokhtar

Thursday, September 15

Seloka Cak Kun Cak

Tan Sri SM Salim & M.Nasir -Seloka Cak Kun Cak



Tan Sri : Suatu masa yang telah silam
M. Nasir : Tak dapat diambil kembali
Tan Sri : Melayu mahsyur serata alam
M. Nasir : Hidup mewah gagah sekali
Tan Sri : Pahlawan kita nama terbilang, ditakuti ramai pewira
M. Nasir : Melawan musuh tak terbilang
Duet : Gerak Semangat kerana bangsa.....

(Ha itu org dulu², berani, rajin)

Tan Sri : Kelekaan jangan dikenang
M. Nasir : Lautan duka kelak direnang
Tan Sri : Hampir tinggal sehelai benang
M. Nasir : Bencana sengaja dipinang
Tan Sri : Jika perhati bangsa dagang, kapak beliung di tangan memegang
M. Nasir : Kekayaan hendak diregang
Duet : Akhirnya saudagar pangkat dijulang

(Anda rugi, diorang tu rajin)

Tan Sri : Disulami syair termahsyur
M. Nasir : Usahlah berdengkur, kita jua yang bertafakur
Duet : Yang mana khilaf tegur menegur
Lalalalalalala.....

Korus
Kulitnya bersih, hati pun bersih
Budi yang baik hatinya pengasih
Kulitnya bersih hati pun bersih
Memikul belati tiada memilih
Jadikan bersih, hatipun putih
Berkata benar bermulut fasih
Jadikan bersih, hatipun putih
Dialah khazanah pintu terpilih

Tan Sri : Awak yang payah membelah ruyung
M. Nasir : Orang bertandang yang beroleh untung, akhirnya kita tak akan dihitung

(rugilah asyik naik motosikal laju², degil, tak dengar cakap mak bapak, kecewalah kita, kesian)




p/s : hahaha...agak² lagu ni dorang tuju kat sape ek??

Thursday, August 25

Quote of the day

"Kerja sampai mati dan kumpul duit sampai berbukit, tetapi tidak ada orang yang boleh membahagiakan untuk dikongsi bersama untuk apa.  Kebahagian hidup itu jauh lebih penting dan saya mahu mencari kebahagian itu" - Ally Iskandar















Thursday, August 4

Even though she's hurt

She sit by the window,
hugging his pillow and wait
for him to show....
She sit by the window,
you can see the smoke she blow
worried that he would not show....

She stare at the wall
looking at the clock and worried
cause he didn't answer her call
She glance again at the clock on the wall
and just keep staring at her phone
hopping he would call

oh dear, oh dear
why do you do this to her??
oh dear, oh dear
why cant you just hold her???
cause she is so madly in love with you
she is so deeply in love with you
even though  she's hurt.

Tears,
fall quickly down her face
her heart pump like she's on a race
Tears,
fall because of you
because of the bitterness in loving you


oh boy, oh boy
why do you do this to her??
oh boy, oh boy
can't you see she's hurting
for you she would do anything
even though she's hurt.

Sometimes you make her mad
Sometimes you make her laugh
Sometimes you make her feel
like rainbows fill the world.

All the shouting and yelling
Kicking and slapping
All the hugging and kissing
Pampering and love making
She can't stop loving you
No matter what you do
Even though she's hurt.


Oh love, oh love
why do you let tears run down her eyes??
Oh love, oh love
why didn't you appreciate her sacrifice??
can't you see she never tired of waiting??
can't you see her hurting??
can't you see the love is dying??
can't you see she is trying
to keep the flame burning....???

can't you see she can't stop loving??
can't you see her face is beautiful most
when she's smiling??
can't you see that you are
her prince charming??
even though she's hurt
even though you hurt her......












p/s : i dont know what to call it...a poem or what so ever..i just type it...

Thursday, July 7

.......

THE CRANBERRIES - LINGER


my heart is already full with glue and plasters when you came
but it has turn into dust of glasses now...
it can't never be fix again...
and the pain will linger....





the lyric:

If you, if you could return
Don't let it burn, don't let it fade
I'm sure I'm not being rude
But it's just your attitude
It's tearing me apart
It's ruining everything

I swore, I swore I would be true
And honey so did you
So why you were you holding her hand
Is that the way we stand
Were you lying all the time
Was it just a game to you

But I'm in so deep, you know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger
Do you have to let it linger
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger

Oh, I thought the world of you
I thought nothing could go wrong
But I was wrong, I was wrong

If you, if you could get by
Trying not to lie
Things wouldn't be so confused
And I wouldn't feel so used
But you always really knew
I just wanna be with you

And I'm in so deep, you know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger
Do you have to let it linger
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger

You know I'm such a fool for you
You got me wrapped around your finger
Do you have to let it linger
Do you have to, do you have to
Do you have to let it linger

Wednesday, June 29

Poem x jadi Untuk Mummy

The bond we make is too tight
It can't never be break or harm even in a fight
You find your way in a shining light
A rainbow at the end of the way you might get

The four of us use to eat together
We will sit and eat then come the laughter
Even my life is so complicated and full of disaster
Sitting with you guys make me happy and that's all that matter

I'm happy for you but thinking of the days without you;
make me gloom and it make me sad
All the things we do, all the memories we had
will always be playing by the projector inside my head

I know i'll see you again 
I know this is not goodbye
What a great experience i gain
farewell is not forever so there will be no sad lullaby




p/s : hehehe...mummy i created this for you just now...so if bunyik mcm x jadi tu wat bodoh je...miss ya!!!!
bosan la....mcm dah senyap sikit je kat office ni..so nampak sgt mummy suka wat bising..kehkehkeh





Thursday, June 23

Ruby & Tony

       Ruby meletakkan novel yang dibaca ke atas meja lampu. Dia bangun dari katil dan bergerak ke ruang tamu. Matanya mencari kelibat Tony, apabila dia sedar Tony sedang baring di sofa lantas terus dia ke situ.  Terus dihempabkan badannya ke badan Tony, sambil memeluk erat badan kekasihnya itu dia berkata "B....jum la tido". Tony membuat muka kurang suka, jelas sekali dia rimas dengan ke'gedik'kan Ruby. "U pergi la tido dulu, i nk tengok tv ni lagi" balas Tony. "Tapi i nk tido and nk manja dengan u la" rengek Ruby lagi, malangnya rengekkannya itu langsung tidak di layan oleh Tony.

      Seketika kemudian Tony mengorek hidungnya dan mengelap jarinya itu ke badan Ruby, "B!!!!! u ni kan...pengotor la. Ish!!!" marah Ruby. Tony hanya ketawa, "itu je cara i nk halau u masuk bilik, u berat la baby, bangun la..pergi tidur, jangan kacau i tengok tv boleh x???". Hati Ruby tiba-tiba tersentuh, sejak akhir-akhir ini kekasihnya itu seakan malas hendak melayan atau memanjakanya. Dia terasa hati, lantas berguguranlah mutiara jernih dari matanya. "U dah tak sayang i ek b..u sekarang dah laen la. Asyik nk marah² je, i nk manja dengan u pown u dah xnk layan i. Kalau dah tak sayang cakap, i boleh blah" dengan pantas Ruby bangun dan  meluru masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu. Protes tanda merajuk.


p/s : idea mati takat ni je...kehkehkeh..figure out the rest using ur imagination lah~

Wednesday, June 22

C.A.N.A.D.A

Cute And Naughty Actions that Developed into Attraction











words by : Gemersik Kalbu novel